Khamis, 6 Januari 2011

Hilangkan Stress

Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dia terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.
Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.
"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.
"Tidak," jawab lelaki tersebut.
"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.
"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."
"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.
"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.
wakakaka.....

Tiada ulasan: