Isnin, 19 Oktober 2009

Diabetis Gestasi ( kencing manis semasa mengandung )

Diabetis gestasi

Apakah itu diabetis gestasi?
Diabetis gestasi adalah diabetis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus kehamilan diserang penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai diabetis gestasi?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
• keletihan;
• dahaga yang terlampau;
• membuang air kecil dengan banyak;
• penglihatan kabur. Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

Apakah kesan diabetis pada kehamilan saya?
Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses perlahiran lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai diabetis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?
Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
• dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
• anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
• keluarga anda mempunyai sejarah diabetis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai diabetis);
• keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah diabetis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Anda boleh dapatkan idea senaman yang sesuai untuk anda dari pusat senaman kehamilan kami. Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. Anda perlu melakukan imbasan ultrabunyi untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. Apabila anda berada dalam perlahiran dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan pasca natal anda, ujian diabetis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan. Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi, akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali. Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama. Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya. Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
Jika anda mempunyai diabetis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan. Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda. Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

Fetal Development - 27 weeks


Fetal development - 27 weeks pregnant
Written for BabyCenter Malaysia

Your baby now weighs nearly 2 pounds/ 875 grams and measures 14.5 inches/ 36.6 centimeters from head to toe. Her eyes open and close, she sleeps and wakes at regular intervals and she may suck a finger or thumb. Sweet dreams, little baby! Some experts believe that babies begin to dream by the 28th week. What do they dream about? No-one knows for certain but the brain is active this week as well. The characteristic grooves on the brain's surface start to appear and more brain tissue develops. Chalk up any rhythmic movement you may be feeling to a case of the hiccups, which are common this week and throughout the pregnancy. Your baby has them but is breathing in amniotic fluid rather than air. A paper bag can't cure her hiccups, obviously, but an episode usually lasts only momentarily. The sensation for you may be strange but not unpleasant.
Since your uterus is now up near your rib cage, you may now find yourself short of breath if you haven't already. Starting now and continuing through the last three months of pregnancy, you may be plagued by leg cramps, hemorrhoids, varicose veins and an itchy abdomen. Are pregnancy discomforts getting you down? Try some natural remedies to perk you up. If you were found to be Rh-negative earlier in pregnancy, you'll probably be tested for Rh antibodies this week or next and have an anti-D injection to combat the incompatibility. You may be offered a repeat injection at 36 weeks.

• Note: Experts say every baby develops differently - even in utero. These fetal development pages are designed to give a general idea of how a fetus grows in the womb.

Kencing Manis - Diabetis...

Hi semua...lama x update blog...since x berapa sihat kebelakangan ni...actualy baru kuar spital..masuk spital dari 13/10 aritu..n kluar wad 17/10...reason...hm...aku kena kencing manis in pregnancy...
actualy my first daughter waktu pregnantkan dia pun aku kena kencing manis gak..and this 2nd baby also kena kencing manis....hm..apa nk buat..dah nasib badan...pregnant je..kencing manis pun datang..minat betul kencing manis tu ngan aku..hahaha...
anyway nothing to worry sbb aku dah ambil suntikan insulin everyday...so..xde apa yg nk dirisaukan....so...cuma menunggu je masa bersalin..and mengikut kata doktor..aku x leh tunggu sampai 38 weeks...maybe 36 weeks aku dah kena admit ward...kena induce sebab klu tunggu 38 weeks, doktor takut baby terlalu besar dan aku x berpeluang plak nk bersalin normal..so..tinggal lagi 9/10 minggu je la baby ni nk kuar..korang doakan aku n baby selamat ye....

Selasa, 6 Oktober 2009

AnakKu mAsuk Spital...

ari jumaat ( 2/10/09) aritu...dlm kul 2 ptg camtu, waktu tu aku n hubby kat opis ler..tetiba je dpt message dari babysitter...anak aku dah lembik..demam....
macam nk gugur jantung aku waktu tu...pe lagi..terus je jumpa manager aku..ckp aku nk balik..anak sakit...
so aku n hubby pun terus balik...nk bawak klinik..hati xsedap sbb memikirkan mcm mcm penyakit skrg ni..so terus je pergi hospital...check kat kaunter saringan anak aku demam panas...38.5 suhu badan anak aku..patut la lembik je..klu tidak..mmg aktif giler...pastu jumpa doktor..doktor suh amik darah,masuk ubat b**t*t ngan masuk air..pe lagi..melalak la anak aku kena cucuk kat tangan...sedih giler muka+mengada ngada..hahaha....bila dapat keputusan darah doktor kata dlm darah ada kuman..so kena admit wad.....tapi x lama...hari jumaat petang masuk wad..esoknye kul 1 lebih dah kuar....sib baik xde apa apa...so..malas nk ckp banyak..tgk je lah pic yg aku tepek kat sini...k...

nangis..menahan sakit..huhu..cedeynye..cian anak ibu...

keletihan..dah x larat dah nk nangis lagi....

dok menengok btl air tu..bila la nk abis air ni..hahaha

tangan kecik anakku yg kena cucuk..fuh..sakit woo..


dok menyibuk baca surat khabar ngan ayah...


macam pandai baca je surat khabar tu...



entah apa yg ditengoknye..buat cam umah sndiri lak kat wad tu..hahaha...


sibuk tul la...



complete ngan bantal busuk..bear n sikat di angkut nye..klu x nanti xleh tido..hahaha..

melihat tangan yg di cucuk...ibu cakit....hehehe..asyik sebut nk babab doktor sbb cucuk adik..hahaha..

muka yg dah boring dok terperap kat spital..xde mainan mcm kat umah...

Jumaat, 2 Oktober 2009

raya..raya..raya...

me n my daughter..mlm raya...baru balik dari shopping...muka penat.......

kepenatan dan kehausan...
cedapnye...
penatla...
kat rumah...aku tgh melantak...anak aku ntah tgh watpe ntah..........
celekehnye..hehehe..
huhu....
1st day raye..dah ptg dah..tu yg x pakai baju kurung....
menikmati kedamaian petang di atas buaian...
ibu...adik penat...
ngantuk ar....
anak ibu...
amik ko..tido x ingat..ngantuk giler..
si manja ibu tgh tido.....
pengsan..x sedar apa dah.......
beraya..mak mertua aku..adik ipar aku...aku(yg terselindung tu) n anak aku.......
pak mertuaku...adik iparku...
apa je lah si kenit aku sibukkan tu...nk tuang air gamaknye......
kat umak mak mertuaku..
anak aku tgh pilih kuih..mana satu idaman kalbu..hahaha
di pagi raya yg mengantuk..huhu
ci kenit ibu..berbaju kurung..di pagi raya.

Makan makan kat umah..raya ke 7...

hari raya ke-7 aritu aku ada masak sket..mak aku..n pakcik makcik aku sumer nk dtg..x tau nk masak apa....so aku masak la yg sesimple simplenye..yelah..penatlah nk masak macam maca..perut dah boyot..kaki x larat diri lama..apa pun enjow viewing this photo....
dlm bilik mainan anak aku yg bersepah sepah..
mengukur ketinggian masing masing sambil bergambar
kek yg telah lunyai dikerjakan oleh semua...
muka penat anak aku...
walla..makan sambil terkangkang...
aksi makan beramai ramai..huhu
x cukup tempat..umah kecik..hehehe
candid..
mak aku tgh potong kek cucunye...
actualy bday anak aku da lepas bln 7 aritu...tapi saje je beli kek...sesaje gatal nk celebrate lagi skali..kecil kecilan..huhu..
kami ber-3..buruk kan..hehehe..ginila rupe aku time ngandung..kali ni selekeh sgt..xde mood nk make up..maybe sbb pembawakan my baby boy dlm perut ni..hehehe

hubby melayan anaknye..
makan time...
duduk....merehatkan diri yg kepenatan..
hm..x cukup tempat gamaknye sampai makan berdiri
pak usu ku...adik bongsu mak aku..
laki cousin aku...
aku n adik pompuan ku...
wat pe tu??
batrisyia zulaikha....ibu sayang adik sangat sangat!!
mak aku...adik bongsuku and anak aku....
kotak kek.hahaha..
nenek and cucunye.......
antara hidangan yg ada..simple je..
ayam goreng tepung,udang goreng tepung,tembikai,bihun goreng and nasi goreng thai...
makan dulu...
baru lepas mandi anak aku ni....